
Chalet ini berdekatan dengan pantai dan pastinya memberi memori indah buat anda yang ingin menikmati matahari terbenam jauh ketengah laut bersama orang yang dikasihi sama ada anda datang bersama keluarga, rakan mahupun orang yang tersayang.
Chalet ini juga menawarkan kepada anda kemudahan yang lengkap dengan pelbagai perkhidmatan yang pastinya membuatkan percutian anda lengkap dengan pelbagai aktiviti dan keseronokan yang pasti anda kenang. Antara kemudahan yang kami sediakan adalah seperti surau, kawasan parking kereta, kawasan lapang untuk aktviti bagi anda yang datang dengan keluarga atau berkumpulan, pondok aktiviti serta dewan makan.
Buat anda yang ingin melihat sendiri penyu karah, inilah peluang anda kerana penyu karah banyak terdapat di Pantai Kuala Linggi ini. Anda juga boleh menikmati perkampungan nelayan yang berdekatan di sini. Buat anda yang tercari-cari penginapan yang murah, selesa dan tenang,di sinilah tempatnya dan anda pasti gembira bersama kami di Bora Bora Chalet.