Bora Bora Chalet adalah sebuah tempat penginapan yang menawarkan penginapan jenis chalet dan bilik untuk keselesaan anda yang inginkan percutian indah di Pengkalan Balak, Melaka. Chalet ini yang beralamat di Km 52, Pantai Balik Bukit, Kuala Linggi, 78200, Kuala Sungai Baru, Melaka mungkin merupakan antara chalet yang cantik dan selesa bagi anda yang ingin menikmati satu hari yang santai dan tenang sama ada di hujung minggu atau bercuti pada hari biasa.
Chalet ini berdekatan dengan pantai Kuala Linggi dan pastinya memberi memori indah buat anda yang ingin menikmati matahari terbenam jauh ketengah laut bersama orang yang dikasihi sama ada anda datang bersama keluarga, rakan mahupun orang yang tersayang.
Chalet ini juga menawarkan kepada anda kemudahan yang lengkap dengan pelbagai perkhidmatan yang pastinya membuatkan percutian anda lengkap dengan pelbagai aktiviti dan keseronokan yang pasti anda kenang. Antara kemudahan yang kami sediakan adalah seperti surau, kawasan parking kereta, kawasan lapang untuk aktviti bagi anda yang datang dengan keluarga atau berkumpulan, pondok aktiviti serta dewan makan.
Buat anda yang ingin melihat sendiri penyu karah, inilah peluang anda kerana penyu karah banyak terdapat di Pantai Kuala Linggi ini. Anda juga boleh menikmati perkampungan nelayan yang berdekatan di sini. Buat anda yang tercari-cari penginapan yang murah, selesa dan tenang,di sinilah tempatnya dan anda pasti gembira bersama kami di Bora Bora Chalet.
No comments:
Post a Comment